1#Warna Tema Perkahwinan

5
COMMENTS
Assalamualaikum dear readers!
Buat pengetahuan readers, cik Bar akan melangsungkan perkahwinan tak lame lagi...tp sangat2 pening nak pilih warna tema perkahwinan cik Bar nnti..cik Bar boleh dikatekan suke banyak warna contohnya kuning, orange, merah, gold..hehe...Banyak tak?hehe..keje cik Bar seminggu ni duk mg'google'kan diri mencari warna tema..adoiiii....banyak sangattt pilihan..jadi keliru tokk...

Tapi ade satu warna yg bagi cik Bar sangat sweet dan sedap mate memandang...Teka colour pe.? taraaaaa..


Ha....ni la colour hijuan turquoise or hijau petronas....nice x??bagi pndapat cik Bar...sangat cantekkk..hehe...tetibe suke ijau plak..okey..stakat ni dulu..lets see what happen next...adoyai...mood pening....hahaa....tatatatata..papai!

Ape tips Persediaan Buat Bakal Suami Isteri yee?

2
COMMENTS

Asslamualaikum w.b.t.. Malam ni cik Bar nak buat review sikit pasal persediaan perkahwinan buat bakal suami & isteri ini khas untuk b2b (bride to be) bakal melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan bukan la perkara yg boleh dianggap remeh. Nak kahwin kenalah buat persediaan perkahwinan kan. Kenapa perlunya persediaan perkahwinan?? Kerana apabila diperhatikan secara mendalam, antara punca kepada penceraian di usia perkahwinan atau usia pasangan yang muda adalah kerana mereka boleh dianggap sedikit terburu-buru dengan berkahwin tanpa persediaan perkahwinan yang sepatutnya dari sudut fizikal, mental dan mungkin juga material.  So, cik Bar nk kongsi tips2nya dgn b2b sekalian..selamat membaca dan muhasabah diri ye kwn2..:)

10 Tips Persediaan Perkahwinan Buat Bakal Suami & Isteri

1. Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Kewajipan melaksanakan amanah tersebut adalah kewajipan dan menjadi tuntutan agama, malah ia akan dihisab di padang Mahsyar kelak.
2. Pasangan yang bakal berkahwin juga mesti mendalami ilmu agama secara berterusan terutama untuk bakal suami, kerana menjadi kewajipan suami kelak untuk mendidik isteri dengan ilmu agama. Jika tidak mampu, cadangkan dan doronglah mereka untuk menhadiri kuliah-kuliah agama. Jangan pula kita menghalang mereka daripada menuntut ilmu agama.
3. Perlu adanya satu ketetapan sebelum perkahwinan bahawa walau apa pun terjadi dalam rumahtangga (selagi tidak memudaratkan), maka jangan sampai ia melibatkan orang ketiga termasuklah kedua ibu bapa atau mentua. Berdepanlah secara lemah lembut dan berhikmah dengan pasangan, insyaAllah keharmonian rumah tangga menjadi habuan.
4. Perlunya pasangan itu memahami adat resam budaya tempatan pasangannya jika perkahwinan mereka berbentuk rentas budaya (cross-cultural). Sentiasa menghormati dan cuba salami dan asimilasikan adat resam budaya belah pasangan, anda tentu akan menjadi kebanggaan bakal mentua.
5. Keterbukaan dan perbincangan tuntas secara berterus terang mampu untuk memahamkan pasangan masing-masing jika bakal pengantin tersebut menghadapi masalah seksual. Kerana adalah lebih baik berterus terang dan bagi hak untuk diri pasangan memilih samaada untuk terus bersama atau sebaliknya. Jika hal ini hanya diketahui selepas berkahwin maka pasangan akan tertipu dan yakinlah implikasinya akan bertambah buruk.
6. Buat persediaan yang mantap dari sudut ekonomi. Tidak dinafikan Allah menjamin rezeki kita apabila sudah berkahwin. Ini juga sudah dinukilkan dalam lembaran kalamNYA. Namun janganlah pula tunggu sehingga masalah ekonomi memangkin kepada punca krisis rumahtangga. Sebenarnya sikap tanggungjawab dan berusaha paling penting. Yakinlah Allah tidak akan sia-siakan usaha kita untuk melakukan perkara yang disuruhNYA.
7. Kerjaya yang merujuk kepada pangkat. Pada hari ini menjadi kebiasaan wanita yang lebih bekerjaya mengahwini lelaki yang berjawatan biasa. Di sini sifat sabar pihak suami perlu dioptimumkan dan sifat ego pihak perempuan perlu diminimunkan. Hormatlah pasangan sebagai suami isteri nescaya kehidupan akan harmoni.
8. Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Jauhilah amalan merokon dan pemakanan serta gaya hidup merisikokan diri kepada penyakit kronik. Jika penyakit itu terjadi selepas perkahwinan kepada salah seorang pasangan, mereka perlu bersabar. Yakinlah Allah tidak akan menguji hambanya jika ujian tersebut tidak mampu kita tanggung.
9. Hiasi diri dengan akhlak dan perangai yang dianjurkan oleh Islam. Tunjukkanlah sikap-sikap yang mahmudah dan elakkan bersifat mazmumah.
10. Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Krisis ini muncul apabila pasangan mendapati dirinya tidak difahami oleh pasangannya dan ini akan menimbulkan rasa tidak diambil berat lantas mencetuskan pemberontakan dalaman.
Dalam apa jua perhubungan pun sebenarnya yang paling penting ialah komunikasi dan juga sikap tolernasi seperti dalam lirik lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia kerana setiap yang berpasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain.
Kanda pula kutub Utara,
Dinda kutub Selatan
Komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
Tak perlu bertengkar, tak perlu bermasam muka
 
      Bahagia Sampai Syurga.

Hehe..tips2 ni sy amik salah satu blog yg sgt suke sy bace..heee...alhamdulillah..sharing is caring rite..?selamat membuat persediaan bakal2 suami dan isteri sekalian...:)


Terima Kasih Sayang!

4
COMMENTS
Assalamualaikum w.b.t..

Cik Bar dah lama x update blog..maaf sangat2..terlalu banyak cerita yg ingin dikongsikan dengan readers sekalian...but, currently...i'm so happy..so happy..sangat sangat bahagia...nak tahu kenapa? biar gambar2 di bawah ni berbicara....ehem2...:P

    Dup dap dup dap time ni...Disarungkan cincin oleh bakal mak mertuaku..:)


    Smile Face...Sayang mak!hehe
   

    Ain nak duduk dengan auntie pa ye..:P


                            Duduk renggang2...Bertambah sayang


    Cinta Hatiku... Amirul Amir Roslan....

     My Engagement Cake..! Choc Indulgence from Secret Recipe...Nyum2..:)

I'm officially engaged to him...May Allah bless our engagement...I will wait for the akad or 'Aku terima nikahnya....'...hihi..(mood xsabar)...
Till here..doakan kami ye readers..:)

Red Velvet VS Red Kebaya

1
COMMENT

Assalamualaikum readers sekalian..
Cik Bar harapkan sume readers berada dalam keadaan sihat sejahtera...insyaAllah...mudah-mudahan...Hari ni dah masuk hari ke-5 kite berpuasa bagi tahun 2012..Cik Bar rase belum terlambat lagi Cik Bar ucapkan salam ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia..:) Happy Fasting Everyone..!! Kat sini cik Bar nak share pasal....

                     RED VELVET                                                        VS                    RED KEBAYA





Haaa..mesti korang sume tertanya-tanya kan pasal tajuk entry Cik Bar kali ni kan...antara 2 gambar RED kat atas ni...mane korang pilih?heeee..cepat2 pilih....kalo tanye Cik Bar, mesti Cik Bar pilih gambar 1st tu... RED VELVET CAKE (kek baldu merah)...waaa..sangat-sangat delicious maa..rase cheese yg sememangnye enak mmg best la...sampai kan time makan tu..mata jadi terpejam coz nak mnikmati cake ni..hahaha.tapi sabar na...skrang bulan pose....jangan terliur plak....kih3x...


Kat cini Cik Bar nak share resepi kek ni...Jom terjahh...Nanti bile dah taw camne nak buat kek ni.. korang boleh la buat untuk berbuka pose nanti or untuk raya nanti.....kan?kan??

Bahan-bahannya...!!
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A -  gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - 
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - boleh ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • boleh tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.




Tara.....camnilah hasilnya apabila dah siap...enjoyyy..
Ok..Kat bawah ni cik Bar ada letakkan video tutorial dari blog JOYOFBAKING....sapa-sapa yang nak tak berapa faham..boley tgk video nu ye...more easy and more practical..enjoy watching yeee....Selamat Mencube...Hehe...Sampai sini duu coretan Cik Bar, InsyaAllah cik Bar akan share lagi resepi kek yang lebih osemmmm..hehe...
Assalamualaikum..:)