Bercintalah kerana Allah..

1
COMMENT

Assalamualaikum readers...entry cik Bar kali ni masih pasal cinta...pengertian cinta sangat luas pengertiannya. cinta pada Allah, rasul, nabi, ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru dan sesama umat Islam. Apa yang pasti cinta pada Allah yang paling hakiki dan agung...Atasi cinta-cinta yang lain.

Tapi.. malam ni cik Bar nk citekan cinta pada insan yang bernama lelaki.. Lelaki mahupun perempuan mmg memerlukan cinta dan perhatian antara 1 sama lain. Tetapi harus diingat selalu, cinta kerana nafsu atau cinta kerana Allah?

Cinta kerana nafsu? banyak percintaan sekarang yang melibatkan cinta kerana nafsu.. Buktinya semakin hari semakin banyak kes pembuangan anak.pembunuhan anak..Ya Allah..semakin lama semakin kejam manusia ni..Minta2 kes seperti ni dijauhi dari kita semua..Cik bar harap cik bar sendiri dan readers semua tidak terjebak dgn cinta sebegini.

Cinta kerana Allah? Bagaimana cinta kerana Allah itu ye readers sume? cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT.


Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”.


Begitulah hebatnya jika kita mencintai sesama manusia kerana Allah.. Alangkah indahnya kalau kita mendapat naungan daripada-Nya. InsyaAllah..


Di bawah ade petikan kata-kata yan cik Bar sangat tertarik..




Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..



p/s: Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.